Saturday, 4 June 2016

Nawaitu memiliki anak itu~


Assalamualaikum!

Alhamdulillah, 2nd appointment kat KKM went well. It was actually my CD2, an unplanned appointment.
Supposed after my 1st appointment, Doc prescribe me with Provera to induce my menses because my uterus seems thick.

And i mentioned in the previous post, Doc said I can consume whenever i want...after raya boleh, as soon as possible pun boleh. So lepas setel puasa ganti, ingat nak makan on 1st day puasa nanti. Tapi lepas Doc tanya previous 3 menses, seems my cycle is around every 2 months, dan kalau ikut sejak last menses, dalam bulan 6 ni memang akan menses. Tapi who knows..kacau bilau lagi ke. Tapi belum sempat makan lagi Provera tu, suddenly ada bleeding on Tuesday..so terus call doc, dia terus suruh datang esoknya which supposed to be CD2 untuk ambil darah. So, ambik darah la kita. And suami pun dapat appointment date untuk hantar cement untuk test kat lab. Tapi date tu dan result darah dua2 lepas raya...so we chill dulu.

Anyway..about the title. Nawaitu. Just wanna talk (as reminder to myself) nawaitu sebenar nak anak ni. It occurs to me few days lepas 1st appointment tu, doc tanya dah berapa lama kahwin..so I jawabla...2 and a half year..and she said.."ohhh baru la jugak lagi.."

(Actually i kindda hate that people always said like that..memang sebenarnya dia nak sooth kan perasaan kita..risau lamaaa kahwin tak dapat2 lagi anak kan. Tapi tu macam subjektif la. Katakan umur dah 32, tapi baru 2 tahun kahwin, nak kata macam tu jugak ke? Sedangkan perempuan kan, as we get older...the chances semakin menipis..because we have "expiry date" kan...so 2 tahun menanti tu kira lama la...get it? and me also, almost 30..takkan nak tunggu 10 tahun plak baru nak gelabah2 kan..tapi i just lupakan je)

Sebab lepas tu Doc cerita, dia sendiri tunggu 8 tahun baru dapat sorang, and sorang tu je la anak dia. Perempuan. now kat Jordan..Alhamdulillah. Seorang pun, menjadi yang solehah penting. Dan Doc pun cerita macam mana keluarga mertua (pantai timur people) tu dia la yang banyak dia makan hati sebab mulut directttt je tanya dulu2. sampai ada yang tanya "mandul ke?" depan2 dia..ehh..tak ke sakit. Tapi doc ni tabah je, suami dia pun tabah je. Nangis juga...we understand.

Then dia cerita banyak kali dia doa, bagi la zuriat sebab dah tak tahan dengan tohmah orang. Yelah..bila kita dah down macam tu..emosi tunggang langgang gitu..macam2 kita fikir dan kita akan buat apa sahaja nak dapatkan.

Which i come to my point..nawaitu. Terfikir cerita doc tu, sebab tak tahan, sampai terkeluar mulut, nak ada anak supaya orang tak tanya dah..Kadang2 sebab orang keliling, boleh jadi nawaitu kita nak anak tu adalah "supaya orang diam" , "orang tak tanya dah"..which more to please others.
Nah! aku dah ada anak dah...puas dah? nak tanya lagi?

But..people do ask! different one!
Sorang je?
Bila nak ada lelaki/perempuan pulak?
Dia nak adik jugak....

Huk aloh...maka kita akan kembali sedih, sebab...belum ada, ditanya2..dah ada..tanya jugak!

Itulah yang antara maksud dalam hadith Niat, dalam hadith 40 tu kan.

” Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)” 


Hujung hadith tu dia cerita kisah sahabat yang berhijrah sebab nak kahwin dengan seorang perempuan, maka Nabi Muhammad sebut ganjaran hijrah dia cuma perkahwinan itu, itu lah nilainya. 
Means, apa yang kita niatkan, itu je lah nilai yang kita dapat. 

Samalah dalam isu nak anak ni. Sebab saya terfikir-fikir sampai bila kita nak puaskan manusia sekeliling dengan pencapaian kita. Sebab memang tak akan berjaya! Maka kalau kita nak anak, sebab nak:

1) Buktikan kita subur
2) bagi cucu kat mak ayah dan mertua
3) dianggap pelengkap keluarga
4) penat dah orang dok tanya
5) malu sedih
6) etc
7) etc....

The list continues, but it will never end, and we will keep doing things because of human, it will never stop and we will get even more tired and sad. Don't we? Apa kita dapat kan? 

Dah dapat anak, means kita subur, then what?
Mak ayah mertua dah dapat cucu..then what?
Family dah lengkap..then what?
Orang dah tak tanya bila, orang tanya lain pulak..then what?
Anak dah ada, tak sedih tak malu dah..then what?

Itulah pentingnya niat. Dan setiap anak tu berhak di kehendaki kehadiran nya macam my previous post, 

Wanted.Planned.Intended. Maka kehendak yang lebih besar bila kita niatkan Lillahita'ala. 

Kerana Allah tu Maha Pencipta, kita menerima segala rezeki kita ada.

Kerana Allah tu Maha Berkuasa, kita menerima ujian yang kita dapat.
Kerana Allah tu Maha Pengasih, kita terima ujian sebagai tanda kasih-Nya
Kerana Allah tu Maha Penyantun, kita lembutkan hati menerima santunan-Nya yang berhikmah.
Kerana Allah tu Maha Penyayang, kita jangan sedih (selalu sangat2) dengan ujian2 Nya
Kerana Allah tu Maha Mengetahui, segala aturan hidup kita Dia tahu, kita explore dengan hati terbuka
Kerana Allah tu Maha Pemurah, segala apa yang kita ada hadiah dari Dia, jangan hanya pandang yang tiada.

Teruskan usaha TTC tu, niat kan setiap langkah ke klinik dan sebagainya Lillahita'ala, insyaAllah pahala setiap kesabaran kita tu janji Allah.


Lagi di uji, lagi bertambah sabar, lagi bertambah pahala.


Bila dah dapat anak, yang diniatkan Lillahita'ala bila kita terima nya, insyaAllah Allah akan mudahkan kita menjaganya, mendidiknya, membesarkannya..Allah kan baik? Niat yang baik2 Lillahita'ala..


Senyum

*dah kenapa tulisan kat atas2 ni...dah edit pun still stay like that...give up..haih*

No comments:

Post a Comment