Monday, 16 May 2016

15 May 2016

Bismillah

Finally I put myself together and gain my guts to see a Doctor.
Memang plan nak pergi semalam (15/5/2016) since Sabtu my kindy buat sukan, so Ahad cuti peristiwa..

So dah plan lamaaaa nak pergi on this date, since kindy ikut cuti Jumaat-Sabtu macam gomen, jadi memang susah nak cari masa pergi KK
Bukan taknak amik cuti, tapi cuti dah tinggal sikit sebab Mac hari tu dah banyak pakai pegi vacation. Haha.

And I do expect that following this treatment memang banyak akan amik cuti..lama2 cuti habis, kena unpaid leave. Gaji dah la ciput amat. Cikgu tadika...what do u expect kan. Bila nanti kena unpaid leave, bape banyak je la gaji tinggal.

*nak baby ke tak ni, cuti pun berkira*

Bukan berkira, tapi selagi boleh plan cuti baik2, I need to plan la. Isi perut pun mau kena jaga maaa~

Well anyway, dah set cantik dengan hubs, and dah call pun doc ni. By the way memang nak jumpa doc ni sebab macam selesa dengan dia, kenal dia dah lama luar dari suasana kedoktoran and in fact, i called her Makcik. She also call herself makcik la with me.

Suddenly that night rupanya ada match JDTvs PKNS. dan dah ada ura-ura si sultan ni nak bagi cuti peristiwa kat Johor kalau JDT menang.

Aduyai, kalau tak sebab dah plan ni, i memang sokong JDT habis-habisan *kohkohkoh* *tiputipu*
Tapi kalau tak kerana kindy pun cuti peristiwa sukan, i bet kalau JDT menang pun, boss tak bagi cuti. Entah pape. Cikgu2 lain ada bagitau yang tahun lepas pun, bila Sultan bagi cuti peristiwa kat Johor bila JDT menang, boss kindy tak bagi cuti sebab *alasan* cuti kindy ikut HQ kat KL. *entah ape2. habis tu apesal cuti KL lain tak ikut cuti?* So saya cuma menyelami perasaan cikgu2 ni sebab last year still kerja kat tempat lama, and boss lama bagi cuti. *kihkihkih*

So Alhamdulillah la kat cikgu2 ni sebab cuti sukan, kalau tak memang kerja la semalam

Aaaanyway, divert too much....I was looking forward for yesterday, since kindy akan cuti, and KK for sure bukak. So jimat la cuti. Sekali bila malam tu baca FB Johor dapat cuti, ya Rabbi...nangis2 di buatnya. *apesal nangis entah*
Tapi lebih kepada geram, sebab kita dah plan kan. *Allah lah pengatur terbaik*
Ye baikkk
But i slept with frustration. Sebab macam blank. Semangat nak mula treatment dah ada, sekali ada aral pulak. I jadi down sangat, sebab point utama nak start ni nak dapat referral letter KK untuk jumpa specialist kat HSA. So dah set dengan doc ni nak amik blood test and get referral letter.

Oh I already mentioned to doc that my menses are irregular, so it is very hard for me to determine my CD1. Memang takkan sama lah dengan prediction dalam apps, ada apps cuma untuk rekodkan apa2 yang perlu je.

Sometime i bleed tak kira masa, let say this week 2 hari..then bersih. Kemudia next week ada bleed lagi 2 hari..kemudia bersih. Then next week ada spotting sampai 5-7 hari macam period menses biasa. So which one is my CD1? macam mana nak pergi amik blood test on CD2 macam tu kan?

Dan asalnya plan nak ke LPPKN. Hubs yang suggest sebab kalau pergi KK ni, almaklumlah tempoh menunggunya azab. Ke LPPKN ni cuma kena sacrifice money la. So a week before yesterda, I bleed dengan banyak a day after intercourse, so ingat nak ke LPPKN the next morning. I called them and explain my irregular menses, but the refuse for me to come because they said their service only for infertility treatment, but for irregular menses, diorang tak treat.
*sobs but selamat duit for now*

So back to KK story, malam tu dapat tahu gomen dapat cuti, i was sooo frust. But the next morning decide dengan hubs, kita lalu je kat depan KK tu..kot-kot laaaaaaa diorang exclude themselves *berangan but hoping* lagi pun dekat dataran JB ada karnival apa entah, tapi ada medical checkup jugak, Doc tu ada bagi sebaran ada booth medical kalau nak buat blood test for all screening. So kalau KK tutup, ingat nak jalan kat dataran je.

Lagi pun kalau Doc takde kat KK, manalah tahu dia bertugas pulak kat booth tu. Manalaaah tahu.

Tapi Alhamdulillah..Alhamdulillah. Baru keluar kereta, dan baru bukak data hp, mesej2 wassap terus masuk. Rupanya Doc tu ada wassap, cakap dia ada di KK, cuma tak boleh buat blood test tapi boleh jumpa for consultant session.

I was like...terus semangat! Tak pe lah tak boleh amik darah, adalah reason tu. Tapi jumpa Doc pun dah sangat bagus. So I went there alone, hubs kerja *small private co, sukati dia nak follow cuti ke tak*. Kami breakfast dulu, sebab dah tak perlu blood test, so tak continue la puasa.

Rupanya KK tu bukak half day 8-11am. Kena la juga bukak sebab dah bagi appoinment date kan...tapi tak ramai pun. Pendaftaran until 10.30am je. Sempat jeling jam tangan, pukul 10 masa tengah beratur ambil nombor. Alhamdulillah, sempat. Orang kat kaunter bayar pun tak ramai, rasa smooth je.
Rezeki Alhamdulillah. Tunggu tak sampai sejam pun macam selalu.

Anyway..ni baru pasal decision nak pergi KK je. Consultationnya belum cerita lagi. *kahkahkah*

Next post lah.

Penat dah type.

No comments:

Post a Comment