Supposedly akan mula treatment utk IVF bulan Februari lagi. Lpeas fail IUI tahun lepas, I took a step back. Managed to go to gym..lost few kilos (yeay!)..on Metformin for 3 months to manage my sugar level (thanks PCOS!)..while waiting for Dr.Maisarah yang pergi course ke India and Turki for few months last year (sebab kalau boleh nak dia jugak...tak nak doc lain). Klinik Reproduktif HKL pun tengah sibuk pindah randah ke bangunan WCH yang baru tu so dorang tak buat new treatment for IVF lagi masa tu. So things were put on hold.
Then dapat tahu Dr.Maisarah dah balik Malaysia on February. So excited! Dah contact dia and dia pun dah bagi green light datang jumpa dia next cycle masa tu.
Sekali....pengkhianatan negara berlaku sekelip mata. Pengkhianatan besar mereka yang tamak kuasa gila kuasa.
My husband suddenly lost his job. And masa tu COVID 2nd phase baru mula, my husband kena self quarantine sebab close contact dengan case 26 yang famous masa tu.
I was......blurr..
Dengan laki bini takde kerja..I'm still studying..
Dah fikir..mana nak dapat duit untuk treatment ni. And masa husband kena self quarantine tu, my cycle came. With heavy heart, I messaged Dr.Maisarah informed her that I need to postpone. She agree since our safety much more important.
February berlalu pergi. Mac datang.
Habis husband punya self quarantine, PKP pulak. Now semua on hold. Stuck
Cycle came dengan sendiri nya. Behave pula.
Tapi Mac pun berlalu tanpa treatment.
Masuk April. Masih PKP. Beberapa hari sebelum puasa, cycle came naturally. Sangat behave 2 cycle tanpa treatment ini ya. hmmm...Then puasa..April pun berlalu pergi.
Masuk May. Puasa missed 4 hari je tahun ni Alhamdulillah. Hari ni raya ke 3. May pun akan berlalu dalam seminggu lagi.
So here we are...3 bulan berlalu tanpa kemajuan. Since PKP memang dah rasa habit berhati2 nak keluar.
Even dah PKPB pun, still doubtful nak keluar, apatah lagi nak ke hospital kan? My new cycle InsyaAllah kalau behave macam 2 cycles lepas, akan datang 31 May ni. Ahad.
Tapi berani ke nak start treatment?
Selain COVID-19 yang menjadi concern.....how bout our financial? Husband still tak dapat kerja. Lets get real, mana company nak amik new staff dalam keadaan ekonomi macam ni?
As I'm typing this, my frustration elevated. Lagi-lagi since start PKP, ramai yang joking about baby-pkp la...hujung tahun banyak kelahiran sbb pkp laa...
Belum lagi bila scroll socmed, bersepah2 pregnancies announcement, birth announcements. LIKE LITERALLY BERSEPAH! Ramai pulak rupanya kawan-kawan sepupu-sepupu pregnant and bersalin sepanjang pkp ni.
Tonight, i feel angry. Frustrated. Disappointed. Guilty.
Bila baca rupanya ada yang menunggu hari nak bersalin, ada yang tengah mengandung kembar, ada yang bersalin 1 Syawal, ada yang tengah preggy walaupun anak 1st belum setahun..
I rasa..marah. Sedih.Kecewa...I tak boleh nak senyum. My 1st reaction was..."laa...dia ngandung lagi? laa...dia pun sama?..laaaa..lagi sorang?".......then bila dah rasa semua tu...rasa bersalah pulak datang.
Sebab I tahu..I bukan marah sedih and kecewa dekat dorang. I marah sedih and kecewa kat diri I. Kenapa I rasa macam tu?? kenapa i biarkan my 1st reaction macam tu?? Why is it so hard for me to be happy for them??
I cuba..cuba nak ucap tahniah. Cuba nak senyum. Cuba nak wish Alhamdulillah kat dorang.
But I can't do it. I just can't.
I started to resent them. Pulling myself away. Better for me not knowing.
Since pkp started. I have been crying a lot. More than before I think. Everything that happen take a toll on me. Everything hit me so hard.
I sebenarnya marah. Marah dengan hidup I. Sedih dengan hidup
Marah sebab kerana pengkhianatan tu, suami i hilang kerja, kami hilang pendapatan
Marah sebab covid-19, sebab pkp, treatment kena postponed.
Marah sebab tak dapat buat treatment.
Marah sebab tak de duit.
And all this marah sedih kecewa ni bercampur aduk bila tengok orang lain living on our dream. Easy for them and why is it so hard for us. Sampai i cannot recognize apa sebenarnya perasaan I.
I cuba ikut cakap orang lain...Qanaah dengan hidup sendiri. But to brush off all this sadness, anger, disappointment, guilt and frustration is not an easy thing to do.They haunt me. Eating me alive.
Nak luah dengan suami pun rasa at certain point, it stuck. Kalau I nak luahkan apa yang I tulis ni, I rasa berdosa sangat.
Sebab "tak sepatutnya I rasa macam ni. Tak baik"
Memang tak baik pun kan? Then? Memang lenyap tak terluah tapi dia tetap datang..datang..datang..
Banyak benda sebenarnya nak luah apa lagi yang trigger marah sedih kecewa bersalah ni semua.
Tapi tu lah...banyak2 tulis..lama2 penat. Lepas tu...rasa bersalah lagi.
Blaming myself? Memang benda yang senang I selalu buat.
.(noktah)